Saturday 1 August 2015

Program 07/2015

Assalamualaikum wbt,

Beberapa program telah dilaksanakan pada bulan Julai 2015. Antaranya ialah:

1) 'Fun Photo' (5 tahun)
2) Kenali Netbook & Cara pemasangannya (6 tahun)
3) Teknik menggunakan tetikus & mewarna (4 tahun)
4) Kursus Menaip Tahap 1 & Tahap 2 (5 tahun)
5) Tayangan Kisah Teladan (6 tahun)
6) Kursus Menaip Tahap 1 (4 tahun)

Program yang dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang

Tuesday 9 June 2015

Kaji Selidik 'DEEP' & Sesi 'Google Hangout'- MAXIS

Assalamualaikum wbt,

Apa itu 'DEEP'?
Digital Education & Engagement Program

Program 'DEEP' ini dianjurkan oleh pihak Maxis dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih efektif dan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan di PI1M. Sebanyak 10 PI1M di seluruh Malaysia yang telah di pilih bagi fasa percubaan (pilot). Program ini dijangka akan dilancarkan pada Ogos 2016.

Sepuluh (10) PI1M yang terlibat ialah:-
1) PI1M Langkawi, Kedah
2) PI1M Kajang Sebidang, Kelantan
3) PI1M Semuba, Kelantan
4) PI1M Bukit Besar, Kedah
5) PI1M Semenyih, Selangor
6) PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10
7) PI1M Putrajaya Presint 16
8) PI1M Linggi, Negeri Sembilan
9) PI1M Telaga Air, Sarawak
10) PI1M Kg. Bandung, Sarawak

Pihak Maxis telah menjalankan sesi temu bual bersama pengunjung yang hadir dan menjalankan sesi percubaan 'Google Hangout' bersama para pelajar. 'Google Hangout' akan menjadi medium perantaraan di antara guru dan pelajar bagi melaksanakan sesi pembelajaran kelak. Pihak Maxis juga turut menyediakan nota- nota tambahan serta latihan secara digital dari SASBADI dan LEARNING PORT.



Sesi temu bual oleh pihak Maxis

Sesi 'Google Hangout' bersama pelajar


p/s: Program 'DEEP' di PI1M kami akan dijalankan pada Januari 2016. Bermula November 2015, kami akan mengumpulkan para pelajar di kawasan sekitar untuk mengikuti program ini secara PERCUMA. 

Friday 1 May 2015

Program 04/2015

Assalamualaikum wbt,

Beberapa program telah dijalankan sepanjang bulan April 2015 bersama murid- murid dari Tadika Lagenda Cemerlang. Antaranya ialah:-

1) Menulis ABC berpandukan Youtube (4 tahun)
2) Mengenal ABC pada papan kekunci (5 tahun)
3) Kad kreatif 'Pop Up' berpandukan Youtube (6 tahun)
4) Kad kreatif 'Pop Up' berpandukan Youtube (4 tahun)
5) Microsoft Paint (5 tahun)
6) 'Fun Photo' (6 tahun)
7) Komponen Asas Komputer berpandukan Youtube (4 tahun)
8) Kad Kreatif- Microsoft Word (5 tahun)
9) Teknik penggunaan tetikus (4 tahun)
10) Pertandingan melukis & mewarna ITU (5 tahun)
11) Menyusun abjad (5 tahun)- www.abcya.com

Program ICT yang dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang


PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10 juga turut menerima kunjungan mengejut dari pihak Maxis. Pihak Maxis menjalankan sesi temu bual bersama pengunjung PI1M bagi program 'Digital Education' yang bakal dijalankan.

Pn. Norliza (Maxis) sedang menemubual salah seorang pelajar



Thursday 19 March 2015

Kursus 'Simplified Facebook Marketing' & Mini Karnival Usahawan PI1M

Assalamualaikum wbt,

Program ini dijalankan selama tiga (3) hari iaitu dari 12/3/2015 sehingga 14/3/2015 dan ianya merupakan anjuran PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10, PI1M Putrajaya Presint 16 serta PI1M Putrajaya Presint 18.

Tujuannya adalah untuk memupuk perasaan minat komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan serta memberi peluan kepada komuniti setempat untuk mempelajari teknik pemasaran dengan menggunakan aplikasi Facebook. Kami telah menjemput tenaga pengajar khas bagi kursus 'Simplified Facebook Marketing' ini.

Peserta yang terlibat telah didedahkan kepada cara untuk mengaudit FB page, pemasaran Facebook secara percuma, mereka bentuk imej, cara mendapat keuntungan daripada Facebook, pemasaran Facebook berbayar, aplikasi Facebook serta integrasi Facebook ke Laman web & blog.

PI1M Putrajaya juga turut mengadakan mini karnival usahawan bagi memupuk komuniti setempat untuk memasarkan produk- produk mereka. Selain itu, terdapat aktiviti lain yang diselitkan, antaranya ialah taklimat keusahawanan MARA, pemeriksaan kesihatan, treasure hunt, tayangan Klik Dengan Bijak (KDB) serta cabutan bertuah.

Jom kita lihat gambar- gambar mereka ^_^

Kursus 'Simplified Facebook Marketing'

Hari Terbuka & Mini Karnival Usahawan PI1M


Saturday 28 February 2015

Kursus Keusahawanan INTEL & Dekorasi Kek Cawan

Assalamualaikum wbt,

Program ini merupakan anjuran bersama PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 3. Tujuannya adalah untuk memupuk perasaan minat komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan. Apa yang paling menarik berkenaan kursus yang dianjurkan oleh kami adalah ianya tidak tertumpu kepada kursus secara teori, malah kami turut menyediakan aktiviti seperti dekorasi kek cawan berpandukan YouTube sebagai satu kursus di mana komuniti yang berminat boleh mempraktikkan serta menyediakan servis sebegini di kemudian hari.

Peserta yang terlibat telah didedahkan kepada lima (5) modul:
1) Modul 1: Pengenalan
2) Modul 2: Asas Keusahawanan
3) Modul 3: Menjana Idea Perniagaan
4) Modul 4: Pemasaran
5) Modul 5: Penjenamaan

Jom kita lihat gambar- gambar mereka ^_^

Program INTEL

Aktiviti Dekorasi Kek Cawan




Tadika Lagenda Cemerlang: Klik Dengan Bijak (Online games)

Assalamualaikum wbt,

Kali ini PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10 memperkenalkan program Klik Dengan Bijak kepada murid- murid TLC. Program ini bertujuan untuk mendidik komuniti supaya menggunakan internet dengan betul.

Bagi mengelakkan murid- murid bermain permainan yang tidak sepatutnya, permainan pelajaran telah diperkenalkan (www.ziggityzoom.com).

Jom kita lihat gambar- gambar mereka ^_^

Permainan mewarna secara atas talian di laman web www.ziggityzoom.com

Murid- murid TLC diberi peluang menggunakan komputer dan mewarna pelbagai jenis haiwan secara atas talian

Tadika Lagenda Cemerlang: Penanda Buku Origami Berpandukan YouTube

Assalamualaikum wbt,

Pada setiap minggu, PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10 mempunyai slot bersama- sama murid- murid TLC yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Ianya bertujuan untuk mendidik murid- murid pra sekolah tentang penggunaan internet dari pelbagai sudut. Sehubungan dengan itu, Pengurus PI1M berusaha untuk menyediakan modul yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran mereka.

Seperti kelas yang sebelum ini, murid- murid telah mengikuti aktiviti membuat penanda buku origami berpandukan YouTube.

Jom kita lihat gambar- gambar mereka ^_^