Saturday, 28 February 2015

Kursus Keusahawanan INTEL & Dekorasi Kek Cawan

Assalamualaikum wbt,

Program ini merupakan anjuran bersama PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 3. Tujuannya adalah untuk memupuk perasaan minat komuniti setempat untuk menceburi bidang keusahawanan. Apa yang paling menarik berkenaan kursus yang dianjurkan oleh kami adalah ianya tidak tertumpu kepada kursus secara teori, malah kami turut menyediakan aktiviti seperti dekorasi kek cawan berpandukan YouTube sebagai satu kursus di mana komuniti yang berminat boleh mempraktikkan serta menyediakan servis sebegini di kemudian hari.

Peserta yang terlibat telah didedahkan kepada lima (5) modul:
1) Modul 1: Pengenalan
2) Modul 2: Asas Keusahawanan
3) Modul 3: Menjana Idea Perniagaan
4) Modul 4: Pemasaran
5) Modul 5: Penjenamaan

Jom kita lihat gambar- gambar mereka ^_^

Program INTEL

Aktiviti Dekorasi Kek Cawan




No comments:

Post a Comment