Assalamualaikum wbt,
Tanggal 07 Februari 2015, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Putrajaya telah menyertai Kenduri 1 Wilayah Persekutuan. Ianya bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada seluruh warga Putrajaya serta menghebahkan aktiviti- aktiviti yang telah/ dan yang bakal dijalankan.
Pihak PI1M Putrajaya juga telah membuka keahlian PI1M secara PERCUMA sepanjang hari tersebut. Sebanyak 550 borang keahlian telah dikeluarkan. Kami berharap agar warga Putrajaya dapat memanfaatkan kemudahan PI1M dengan sebaik- baiknya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada penganjur kerana sudi memberikan peluang kepada PI1M untuk beramah mesra bersama warga Putrajaya. Pihak PI1M juga ingin berterima kasih kepada pihak MCMC dan Maxis kerana telah menyediakan cenderahati bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada semua yang sudi berkunjung ke booth PI1M Putrajaya.
p/s: Kami memohon maaf andai terdapat kekurangan sepanjang program ini dijalankan.

Salah seorang pengunjung booth PI1M sedang menandatangani buku pelawat
"Full house"
Sebahagian daripada borang keahlian yang telah diisi
No comments:
Post a Comment