Assalamualaikum wbt,
Apa itu 'DEEP'?
Digital Education & Engagement Program
Program 'DEEP' ini dianjurkan oleh pihak Maxis dengan tujuan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran yang lebih efektif dan bersesuaian dengan kemudahan yang disediakan di PI1M. Sebanyak 10 PI1M di seluruh Malaysia yang telah di pilih bagi fasa percubaan (pilot). Program ini dijangka akan dilancarkan pada Ogos 2016.
Sepuluh (10) PI1M yang terlibat ialah:-
1) PI1M Langkawi, Kedah
2) PI1M Kajang Sebidang, Kelantan
3) PI1M Semuba, Kelantan
4) PI1M Bukit Besar, Kedah
5) PI1M Semenyih, Selangor
6) PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10
7) PI1M Putrajaya Presint 16
8) PI1M Linggi, Negeri Sembilan
9) PI1M Telaga Air, Sarawak
10) PI1M Kg. Bandung, Sarawak
Pihak Maxis telah menjalankan sesi temu bual bersama pengunjung yang hadir dan menjalankan sesi percubaan 'Google Hangout' bersama para pelajar. 'Google Hangout' akan menjadi medium perantaraan di antara guru dan pelajar bagi melaksanakan sesi pembelajaran kelak. Pihak Maxis juga turut menyediakan nota- nota tambahan serta latihan secara digital dari SASBADI dan LEARNING PORT.
Sesi temu bual oleh pihak Maxis
Sesi 'Google Hangout' bersama pelajar
p/s: Program 'DEEP' di PI1M kami akan dijalankan pada Januari 2016. Bermula November 2015, kami akan mengumpulkan para pelajar di kawasan sekitar untuk mengikuti program ini secara PERCUMA.