Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,
Bagi entri kali ini, admin akan kongsikan tentang pengalaman admin dalam mencari sumber- sumber yang boleh diguna pakai di dalam sesi pembelajaran kanak- kanak pra sekolah. Pada mulanya, admin sangkakan yang ianya mudah. Tetapi selidik punya selidik, keputusan carian berkaitan aktiviti ICT bagi kanak- kanak pra sekolah adalah terhad.
Memandangkan Pusat Internet 1Malaysia Putrajaya Presint 9 Fasa 10 pernah menjalankan aktiviti bersama adik- adik cilik, admin berhasrat untuk mengguna pakai aktiviti tersebut di dalam silibus pembelajaran Tadika Lagenda Cemerlang.
Antara aktiviti ICT yang admin cadangkan kepada ibu bapa/ guru- guru di luar sana ialah:
1) Asas Komputer berserta video animasi (admin yang buat ^_^)
2) Klik Dengan Bijak- Permainan atas talian
3) Paint
4) Origami berpandukan Youtube
5) Kisah Tauladan berpandukan Video Animasi di Youtube
6) Digital Flash Card
-ABC
-123
7) Teknik melukis berpandukan Youtube
8) Melukis berpandukan "Google Image"
9) Super Simple Learning (Belajar Bahasa Inggeris sambil menyanyi) - Youtube
10) Permainan berteraskan pendidikan
Ini cuma cadangan yang admin mampu berikan, anda semua boleh mengubah mengikut tahap kebolehan anak- anak anda. Tidak salah jika kita memberi pendedahan ICT, cuma ianya haruslah berpada- pada dan sentiasa dipantau.
p/s: Sekiranya admin menyalurkan maklumat yang berguna, jemputlah "follow" ye ^_^
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTerima Kasih, kak..sangat membantu..