Assalamualaikum wbt,
Pada tahun 2015, pihak Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Putrajaya Presint 9 Fasa 10 mula berkolaborasi bersama Tadika Lagenda Cemerlang bagi mendidik murid- murid pra sekolah tentang komputer. Kelas ini dijalankan agak lewat daripada jadual asal berikutan masalah yang tidak dapat dielakkan.
Pada setiap hari Selasa, PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10 akan mempunyai slot bersama murid- murid TLC yang berumur 6 tahun. Sehubungan dengan itu, pengurus PI1M telah menyediakan modul (menambah baik modul tahun lepas) yang bersesuaian dengan murid- murid TLC.
Pada minggu ini, murid- murid didedahkan dengan modul "Asas Komputer".
Jom kita lihat gambar sepanjang kelas ini berlangsung ^_^
Murid- murid khusyuk menonton video "Mari Mengenal Komputer" di Youtube
Bahan- bahan untuk aktiviti "Tagging"
Sesi bergambar bersama murid- murid dan cikgu TLC
No comments:
Post a Comment