PRESINT 9 – Empat Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) telah dibuka di Putrajaya sejak 26 Mei 2014 yang meliputi dua pusat di Presint 9, manakala masing- masing satu di Presint 16 dan Presint 18. Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kadar celik ICT dalam kalangan peduduk setempat.
Kewujudan PI1M secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan khususnya di Putrajaya menerusi tugas menyelia pusat terbabit. Pusat ini juga turut menawarkan kelas ICT serta kelas Keusahawanan secara PERCUMA kepada semua peringkat umur.
No comments:
Post a Comment