Wednesday, 21 January 2015

Klik Dengan Bijak (KDB)




APA ITU KLIK DENGAN BIJAK?


Sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. 


TUJUAN

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet


KANDUNGAN PROGRAM

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

1) Keselamatan - Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat

2) Kewaspadaan - Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)

3) Tanggungjawab - Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.



SASARAN

Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar diharap dapat menjana ekonomi Negara, selain turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.






No comments:

Post a Comment