Assalamualaikum w.b.t,
Maulidur Rasul tahun 1436H atau tahun Masihi 2015 jatuh pada 3 Januari 2015. Namun, ianya disambut oleh komuniti Fasa 10, Presint 9, Putrajaya pada 24 Januari 2015. Pelbagai program telah disusun dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Antara programnya adalah bersarapan beramai- ramai, perarakan di sekitar kawasan Fasa 10, Kuiz Maulidur Rasul Kanak- kanak, Pengagihan Duit Sekolah serta jamuan makan tengah hari.
Kakitangan PI1M Putrajaya Presint 9 Fasa 10 turut menyertai perarakan ini bagi memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh komuniti. Di samping itu, program sebegini dapat memberi peluang kepada kakitangan PI1M untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi serta mengetahui sejarah komuniti di Fasa 10.
Berikut adalah gambar yang sempat admin ambil ketika program ini berlangsung:
Sebelum perarakan bermula
Perarakan sekitar Fasa 10, Presint 9, Putrajaya
Kuiz Maulidur Rasul Kanak- kanak
Pengagihan Duit Sekolah ^_^
p/s: Kami dengan hati terbuka menerima jemputan daripada mana- mana pihak
No comments:
Post a Comment